Tuesday, 2 April 2013

Maulid Bahagian 1




Assalamualaikumwarahmatullah …


hari ini ana hendak berkongsi dengan antum semua tentang bacaan maulid..mungkin sebelum ini kita pernah mendengar tentang orang berzanji dan marhabban..yang sebenarnya ada beribu maulid yang telah di tulis oleh ulama akan tetapi maulid yang masyhur di Malaysia ialah maulid karangan Syeikh Jaafar al-Barzanji…tetapi maulid yang ana hendak ketengahkan ini mungkin tidak pernah didengar oleh sesetengah orang iaitu Maulid Dhiya al-Lami’ karangan Habib Umat Bin Hafidz seorang ulama’ berketurunan Rasulullah yang berasal daripada Yaman. Di dalam Maulid ini kita boleh membaca tentang ringkasan sirah Nabi dimana Ulama menulisnya supaya Umat Islam mudah untuk membacanya dan boleh di baca selalu kerana kalau hendak di baca kesemua sirah nabi maka cukup panjang dan mengambil masa yang lama untuk menghabiskannya. Maulid ini masyhur di Hadhramaut, Yaman dan dibaca seminggu sekali atau sebulan sekali.

Kitab Maulid


يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ
Wahai Allah Limpahkan Kesejahteraan Atas  Nabi
Muhammad
Wahai Tuhanku Limpahkan Kesejahteraan &  Keselamatan Atasnya

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد حَبِيبِكَ الشَّافِعِ الْمُشَفَّعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Kekasih Mu Pemilik Syafaat Yang Di Limpahi  Syafa’at Mu

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد أَعْلَى الْوَرَى رُتْبَةً وَارْفَعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Semulia-mulia Ciptaan Dalam Derajat &  Ketinggiannya

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد أَسْمَى الْبَرَايَا جَاهًا وَأَوْسَعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Makhluk Yang Termulia Martabat & Keluasannya

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَاسْلُكْ بِنَا رَبِّ خَيْرَ مَهْيَعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Bimbinglah Kami Wahai Tuhan Ke Jalan  Yang Paling Benar

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَافِنَا وَاشْفِ كُلَّ مُوْجَع
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Sembuhkanlah Kami Dari Segala Keluhan Penyakit

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَأَصْلِحِ الْقَلْبَ وَاعْفُ وَانْفَعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Perbaikilah Hati & Maafkanlah & Berilah  Kami Segala Yang Manfaat

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَاكْفِ الْمُعَادِي وَاصْرِفْهُ وَارْدَعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Bentengilah Kami Yang Sedang Memusuhi Kami  & Hindarkanlah 
Kami Dari Musuh Yang Akan Datang

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد نَحُلُّ فِي حِصْنِكَ الْمُمَنَّعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Kami Berlindung Di Dalam Bentengmu Yang  Melindungi Dari Segala Gangguan

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد رَبِّ ارْضَ عَنَّا رِضَاكَ اْلأَرْفَعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Ya Allah Ridhailah Kami Dengan Keridhaanmu Yang Agung

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَاجْعَلْ لَنَا فِي الْجِنَانِ مَجْمَعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Jadikanlah Kami Berkumpul Dengan Nabi Di  Syurga

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد رَافِقْ بِنَا خَيْرَ خَلْقِكَ اجْمَعْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Jadikanlah Kami Selalu Berdamping Dengan  Sebaik-Baik Ciptaanmu

يَا رَبِّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atas Muhammad
Ya Allah Limpahkanlah Selawat Atasnya Serta  Salam Sejahtera

اللهم صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ  عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ
Ya Allah Limpahkan Kesejahteraan & Keselamatan  Atas Junjungan 
Kami Nabi Muhammad SAW  & Keluarganya


Bersambung.....

1 comment:

  1. Harrah's Ak-Chin Casino & Hotel - JetBlue
    Harrah's Ak-Chin 광명 출장안마 Casino & Hotel. 전라북도 출장마사지 777 Harrah's Blvd, 나주 출장마사지 Ak-Chin, CA 94063. Hotel. Map. 문경 출장안마 777 Harrah's Blvd. South. Ak-Chin. 부천 출장샵

    ReplyDelete